Pejabat Daerah Kluang telah memilih sekolah ini, iaitu satu-satunya sekolah di Daerah Kluang yang terpilih bagi menerima majalah Jauhar dan Explore Johor terbitan Kerajaan Negeri Johor. Majlis penyerahan majalah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Rosli bin Ithnin - Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kluang yang mewakili Ketua Pegawai Daerah Kluang, hadir sama Encik Hairuddin bin Ishak - Wartawan Media, Media & Komunikasi Negeri Johor.
*Klik gambar untuk paparan lebih jelas*