SK Tunku Mahmood 1, Kluang adalah salah satu daripada sepuluh (10) buah sekolah rendah negeri Johor terpilih untuk menjalankan projek ini, iaitu untuk murid-murid Tahun 6 bagi program lepas UPSR.
Taklimat dan perbincangan awal telah diadakan pada hari ini 10 Ogos 2016 (Rabu), 11.30 pagi, di Pejabat Tuan Guru Besar antara pihak sekolah dan SIRIM/WWF. Pihak SIRIM Berhad telah diwakili oleh Puan Yati binti Kamarudzaman dan Cik Norshidahwati binti Abdul Rashid dari WWF manakala pihak sekolah diwakili oleh tuan guru besar Encik Jasman bin Mursid dan Puan Nooraliza binti Zawawi - Guru Bimbingan dan Kaunseling..
*Klik gambar untuk paparan lebih jelas*